Tujuan pengaloinan
- Sifat logam dapat diperbaiki dengan pembuatan aloi.Tiga tujuan dalam pengaloinan ialah
- Menambah kekuatan dan kekerasan logam.
- Menahan kakisan.
- Membaiki rupa logam supaya permukaan logam lebih berkilat dan berkilau
- Menambahkan kekerasan :Pengaloinan menambah kekuatan dan kekerasan logam.Misalnya
- Penambahan sedikit karbon kepada logam ferum menghasilkan aloi dikenali sebagai keluli karbon yang sangat keras.Unsur seperti mangan ,tungsten dan kromium menambahkan lagi kekerasan keluli .
- Penambahan stanum kepada kuprum menghasilkan aloi yang dikenali sebagai gangsa yang kuat daripada kedua-dua logam stanum dan kuprum.
- Menahan kakisan :Logam tulen seperi stanum dan ferum mudah terhakis dalakeadaan lembap ,udara tercemar dan berasid.
- Penambahan nikel dan kromium kepada ferum menghasilkan aloi dikenali sebagai keluli nikarat yang menahan pengaratan (kakisan besi).Logam kromium dan nikel membentuk lapisan kromium(III) oksida dan nikel(IV) oksida yang menghalang kakisan ferum.
- Membaiki rupa:Permukaan logam menjadi malap disebabkan pembentukan lapisan oksida di atasnya .Proses pengaloian boleh mengekalkan permukaan logam yang berkilat.Contohnya
- Keluli nikarat adalah lebih berkilat berbanding dengan ferum tulen. Contohnya, Puiter Malaysia digunakan untuk barangan hiasan.
No comments:
Post a Comment