Wednesday, October 9, 2019

Aloi

Maksud Aloi dan Tujuan Membuat Aloi

  • Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi yang tertentu dan juzuk utama ialah logam .
  • Logam tulen adalah lemah dan lembut kerana
  1.  logam tulen mengandungi atom yang sama saiz yang disusun secara rapat dan beratur.
  2.  lapisan -lapisan atom mudah menggelongsor di atas satu sama lain apabila suatu daya dikenakan.
Related image
  • Logam tulen mempunyai sifat kemuluran ,iaitu logam boleh diregangkan dan ditarik menjadi dawai halus yang panjang.
             




Image result for susunan atom dalam logam tulen

  • Logam tulen mempunyai sifat keboleh tempaan. Hal ini kerana dalam keadaan semula jadi, penyusunan atom-atom logam tidak sempurmna kerana mengandungi ruangan kosong.Apabila satu blok logam tulen diketuk atau ditekan,sebahagian kumpulan atom logam bergelincir ke kedudukan yang baru supaya memenuhi ruangan kosong. Ini membolehkan logam dijadikan pelbagai bentuk.



Image result for susunan atom dalam logam tulen

  • Logam tulen yang lembut dan mudah dimulurkan atau boleh ditempa menjadi logam tidak seesuai untuk banyak tujuan .Proses pembuatan aloi (yang dikenali sebagai pengaloian)dapat memperbaiki sifat kelemahan logam tersebut.
  • Dalam proses pengionan ,unsur-unsur asing dicampurkan kepada leburan logam.Apabila aloi membeku ,kedudukan beberapa atom logam akan digantikan oleh atom-atom unsur asing yang lebih besar atau lebih kecil daripadanya.
  • Aloi  adalah lebih kuat dan lebih keras kerana

  1. aloi mengandungi atom-atomyang berlainan saiz dalam campuran 
  2. atom unsur asing mengganggu sususnan teratur atom-atom logam
  3. atom-atom asing menghalang lapisan atom daripada bergelongsor diatas satu sama lain 
  • Atom-atom unsur asing juga mengisi ruang kosong dalam hablur logam,menjadikan aloi lebih susah dimulukan atau ditempa berbanding dengan logam tulen.

Image result for susunan atom dalam aloi

No comments:

Post a Comment