Thursday, October 10, 2019

Kebaikan dan keburukan aloi

Kebaikan
  • Rupa bentuk yang rumit boleh diperoleh.
  • Menghasilkan produk yang lebih kemas dan licin.
  • Kecacatan dan keliangan dapat diperkecilkan disebabkan tiada kepadatan sebarang gelembung udara yang terperangkap kerana telah dimampat keluar oleh tekanan.
Keburukan

  • Kekuatan suhu terutamanya tinggi, dengan penggunaan suhu meningkatkan kenaikan keplastikan, mudah untuk komponen ubah bentuk, mudah bengkok dan pembaikan.
  • Penggunaan bahan-bahan logam nikel sukar didapati.

Tujuan pengaloinan


  • Sifat logam dapat diperbaiki dengan pembuatan aloi.Tiga tujuan dalam pengaloinan ialah
  1. Menambah kekuatan dan kekerasan logam.
  2. Menahan kakisan.
  3. Membaiki rupa logam supaya permukaan logam lebih berkilat dan berkilau
  • Menambahkan kekerasan :Pengaloinan menambah kekuatan dan kekerasan logam.Misalnya 
  1. Penambahan sedikit karbon  kepada logam ferum menghasilkan aloi dikenali sebagai keluli karbon yang sangat keras.Unsur seperti mangan ,tungsten dan kromium menambahkan lagi kekerasan keluli .
  2. Penambahan stanum kepada kuprum  menghasilkan aloi yang dikenali sebagai gangsa yang kuat daripada kedua-dua logam stanum dan kuprum.
  • Menahan kakisan :Logam tulen seperi stanum dan ferum mudah terhakis dalakeadaan  lembap ,udara tercemar dan berasid.
  1. Penambahan nikel dan kromium kepada  ferum menghasilkan aloi dikenali sebagai keluli nikarat yang menahan pengaratan (kakisan besi).Logam kromium dan nikel membentuk lapisan kromium(III) oksida dan nikel(IV) oksida yang menghalang kakisan ferum.
Image result for perkakas dapur keluli nikarat tahan karat


  • Membaiki rupa:Permukaan logam menjadi malap disebabkan pembentukan lapisan oksida di atasnya .Proses pengaloian boleh mengekalkan permukaan logam yang berkilat.Contohnya
  1. Keluli nikarat adalah lebih berkilat berbanding dengan ferum tulen. Contohnya, Puiter Malaysia digunakan untuk barangan hiasan.
                                            Image result for piuter malaysia
                                 

    Wednesday, October 9, 2019

    Aloi

    Maksud Aloi dan Tujuan Membuat Aloi

    • Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi yang tertentu dan juzuk utama ialah logam .
    • Logam tulen adalah lemah dan lembut kerana
    1.  logam tulen mengandungi atom yang sama saiz yang disusun secara rapat dan beratur.
    2.  lapisan -lapisan atom mudah menggelongsor di atas satu sama lain apabila suatu daya dikenakan.
    Related image
    • Logam tulen mempunyai sifat kemuluran ,iaitu logam boleh diregangkan dan ditarik menjadi dawai halus yang panjang.
                 




    Image result for susunan atom dalam logam tulen

    • Logam tulen mempunyai sifat keboleh tempaan. Hal ini kerana dalam keadaan semula jadi, penyusunan atom-atom logam tidak sempurmna kerana mengandungi ruangan kosong.Apabila satu blok logam tulen diketuk atau ditekan,sebahagian kumpulan atom logam bergelincir ke kedudukan yang baru supaya memenuhi ruangan kosong. Ini membolehkan logam dijadikan pelbagai bentuk.



    Image result for susunan atom dalam logam tulen

    • Logam tulen yang lembut dan mudah dimulurkan atau boleh ditempa menjadi logam tidak seesuai untuk banyak tujuan .Proses pembuatan aloi (yang dikenali sebagai pengaloian)dapat memperbaiki sifat kelemahan logam tersebut.
    • Dalam proses pengionan ,unsur-unsur asing dicampurkan kepada leburan logam.Apabila aloi membeku ,kedudukan beberapa atom logam akan digantikan oleh atom-atom unsur asing yang lebih besar atau lebih kecil daripadanya.
    • Aloi  adalah lebih kuat dan lebih keras kerana

    1. aloi mengandungi atom-atomyang berlainan saiz dalam campuran 
    2. atom unsur asing mengganggu sususnan teratur atom-atom logam
    3. atom-atom asing menghalang lapisan atom daripada bergelongsor diatas satu sama lain 
    • Atom-atom unsur asing juga mengisi ruang kosong dalam hablur logam,menjadikan aloi lebih susah dimulukan atau ditempa berbanding dengan logam tulen.

    Image result for susunan atom dalam aloi